Pages

Monday, July 4, 2011

♥♥Singapore 2011♥♥

Seperti sedia maklum bagi yang mengikuti Facebook aku, aku baru je balik bercuti di Singapore. Sebelum ke Singapore aku ke JB. Plan asal nak ke utara Malaysia bertukar tiba-tiba apabila teringat aku ada seorang rakan baik di JB yang sudah lebih dua tahun tidak berjumpa. Aku kenal dia sejak 2003 ketika sama-sama belajar di UiTM Machang. Dulu kami dikatakan seiras disebabkan ton warna kulit, panjang rambut, size fizikal, lenggang-lenggok, senang cerita semua sama. SAMA OK! Oh, kejap. Aku tipu sikit, muka aku tak selicin muka dia. Fine. T___T

So dia yang bekerja sebagai managing director di syarikat milik keluarganya sendiri sememangnya sibuk. Selama 3 hari aku di sana, aku terpaksa juga menemani dia berjumpa klien dan bersabar melihat dia menjawab berpuluh-puluh panggilan telefon setiap hari. Dalam hati aku berkata, "ingatkan jadi bos hidup senang". Ya, hidup senang dari segi kewangan, tapi dari segi kelapangan masa memang HARAM!! Aku tengok dia nak suap nasi pun telefon berdering. Kesian kau, Huny.

Di Singapore aku sangat kagum dan teruja (jakun pun ada). Bangunan, kereta, shopping mall, pengangkutan awam, semuanya best. Aku rasa Singapore antara negara yang selamat kalau nak melancong walaupun seorang diri. Tak akan sesat ah. Aku sempat merasa naik bas dua tingkat (agak gayat) dan MRT.

Sebab kawan aku tu sibuk, tak banyak tempat dia dapat bawa aku. Tapi aku masih berpuas hati kerana setidak-tidaknya aku dah menjejakkan kaki di Singapore. Singapore adalah negara kedua (luar negara) selepas aku ke Bandung, Indonesia. Sebenarnya aku target nak pergi hujung tahun nanti. Tapi biasalah aku ni suka buat otak 2 minit.

Singapore tengah sale. Tapi memandangkan 1 dolar Singapore bersamaan RM2.48, dengan itu aku hanya mampu membeli perfume 3 botol (murah ok!), tali pinggang, kasut, shawl, serta sedikit souvenir buat rakan-rakan rapat (souvenir mahal. yang tak dapat sila jangan kecil hati, lempang kang!). Sebagaimana aku berhasrat mahu ke Bandung lagi, begitu juga aku mahu ke Singapore lagi. Semoga aku dimurahkan rezeki dapat menambah wang terkumpul supaya boleh melancong lagi. (perasan tak banyak kali ulang perkataan 'lagi'?. Dem.)

Ok, ni je nak cerita. Nak tengok gambar klik link di bawah,


P/S: Next destination?? Maybe Krabi, Thailand :)


Tuesday, June 21, 2011

♥♥Kawan paling 'jahat' adalah sahabat terbaik♥♥

Aku ada seorang kawan. Lelaki. Lebih muda namun dia matang. Pada awal perkenalan, aku tidak suka dia, tapi tidak pula aku benci. Cuma aku tidak selesa. Dia 'jahat'. Suka mengejek aku, suka membahan aku, suka memerli aku, suka mengutuk aku, suka memarahi aku dan sentiasa menyakitkan hati aku bila mendengar setiap butir kata yang keluar daripada mulutnya.

Lama-kelamaan aku menemui cara terbaik untuk berkawan dengan dia. Kalau dia kutuk aku, aku kutuk dia balik. Kalau dia bahan aku, aku bahan dia balik. Kalau dia perli aku, aku perli dia balik. Kemudian kami semakin 'kamcing'. Dia orangnya baik, telus, jujur dan rasional. Walaupun ada kalanya perangai tak semenggah macam minta aku tumbuk di rusuk kirinya.

Dia cukup kenal aku. Dia tahu bila aku gembira, bila aku berduka, bila aku kecewa. Walaupun aku tidak buka mulut menceritakan apa-apa, dia pasti dapat mengesannya. Itu uniknya dia. Pagi tadi sekali lagi dia buat aku tersentak dan tersentuh. Hanya dengan beberapa perkataan sahaja dia begitu mencuit hati aku.

Dia tahu. Dia rasa. Dia sedar. Aku tidak seperti selalu yang dikenalinya. Namun aku masih memilih untuk berdiam. Berdiam untuk mencari jawapan sendiri. Bukan aku mengenepikan dia atau kawan-kawan yang lain. Cuma dah terlalu banyak mereka berkorban untuk aku sebelum ni. Aku tak mahu menyusahkan mereka lagi.

Mereka percaya aku. Mereka yakin dengan aku. Mereka mengharap pada aku. Maka, aku perlu lakukan sesuatu demi diri sendiri dan demi mereka yang menghargai aku, yang tidak pernah mengkhianati aku, yang sentiasa ada pada saat jatuh bangun aku.

Ya Allah, sesungguhnya aku sedar. Aku memiliki persahabatan suci yang tidak semua orang dapat merasainya. Sering aku lihat dan dengar orang mengeluh kerana tiada persahabatan yang benar-benar ikhlas dalam hidup mereka. Tapi aku ada, aku memilikinya. Sungguh aku bersyukur. Walaupun aku selalu tidak berjaya dalam perhubungan, tetapi aku berjaya dalam persahabatan. Terima kasih Allah.

Dan....

Terima kasih NMD.


Friday, June 17, 2011

♥♥Aku dan Fynn Jamal♥♥

Semenjak aku 'berkabung' ni aku sangat 'sensitif' dan 'emosi' mendengar lagu mahupun membaca puisi-puisi Fynn Jamal. Sebagaimana setiap pagi aku akan buka FB Yuna, begitu juga setiap malam aku akan buka blog Fynn Jamal. Dengan membaca puisi-puisi dia, aku seakan-akan mendapat pengajaran, semangat dan kekuatan untuk teruskan hidup. Aku tak pernah jumpa dia. Tapi kalau aku jumpa dia dalam masa terdekat ni, aku yakin aku akan menangis depan dia dan dengan selamba aku meluahkan semua yang aku rahsiakan dalam hati ni. Sebab aku rasa dia akan faham. Walaupun mungkin dalam hati dia akan kata 'gila dah budak ni'. Aku yang sekian lama sangat sukakan puisi ataupun lagu puisi, memang sangat terkesan dengan puisi-pusi dia. Pada aku ada dua orang perempuan je dalam Malaysia ni sangat talented dalam menghasilkan karya seni. Fynn Jamal dan Yuna Zarai.

Malam ni, entah kenapa aku rasa sangat 'down'. Mungkin aku dah terlalu letih 'berlakon' di hadapan kawan-kawan. Tapi aku tak boleh nak terus hiba dengan dugaan yang Tuhan beri ini. Semua orang kata aku kuat. Aku mampu. Hakikatnya, aku semakin lemah dan ingin saja putus asa. Hanya sisa cinta yang buat aku masih bertahan sekarang. Aku masih mengharapkan petunjuk dari Tuhan, apa yang harus aku lakukan untuk menjadi Rina Idayu yang dulu. Semoga aku menemui jawapannya tidak lama lagi....

Sampai Tua - Fynn Jamal
kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
takkan ku takut

takkan ku takut
takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita
kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap kita berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua

Saturday, June 4, 2011

♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥

Hari ini hari jadi abah yang ke-55. Semoga abah dikurniakan Allah kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia.

Semoga Allah mengizinkan aku untuk memberi kesenangan dan penghargaan kepada abah sebelum dia 'pergi'. Sekarang aku sedang gigih untuk membalas semula jasa abah yang telah membesarkan aku dan memberi aku pendidikan lebih tinggi daripada adik-beradik yang lain.

Walaupun ada kalanya aku tidak sependapat dengan abah, tidak setuju dengan tindakan abah. Namun, dia tetap abah aku. Dan aku merasakan abah meletakkan harapan paling tinggi kepada aku berbanding anak-anak yang lain.

Apa yang aku kecapi sekarang tidak pernah menjadikan aku bongkak kepada adik-beradik yang lain. Malah aku sedang berusaha untuk berkongsi dengan mereka sebanyak mana yang aku mampu.

Hari ni aku tak dapat bersama mereka di rumah. Atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa mengasingkan diri daripada mereka buat masa ini. Tapi aku dah pun call abah pagi tadi. Dan hadiah juga telah aku beri awal, yang dibeli di Bandung tempoh hari.

Abah,
Selamat hari jadi. Kakyang sayang abah
Wednesday, June 1, 2011

♥♥Al-Fatihah♥♥

Ahad lepas aku dikejutkan dengan berita sedih. Salah seorang penterjemah yang aku hormati telah kembali ke rahmatullah. Beliau ialah Tuan Adlie Syamsudin Samsudin. Di ofis beliau duduk di sebelah aku. Bayangkan apa perasaan aku sekarang bila aku toleh sebelah kanan aku, dia tak ada?
Pemergian dia secara tiba-tiba. Sukar dipercaya.

Sehingga hari ni aku akan sayu bila melihat meja dia. Aku rasa macam dia masih ada dengan kami. Cuma dia tak masuk ofis. Barang-barang dia yang masih ada di atas meja membuat aku sebak setiap kali terpandangkan semua itu. Dia seorang yang sangat baik dan mulia hatinya. Dia pasti selalu kami rindui =(

Tuan Adlie Syamsudin,,,
Semoga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semoga Syurga Allah menjadi tempat persemadian abadi untukmu.
Amin.

♥♥Paris Van Java, Bandung 2011♥♥

Dah seminggu dah aku balik dari Bandung. 4 hari di sana sangat menguji aku. Sampai je airport dah spoil. Tapi aku sedaya upaya untuk mengabaikan "shit happen" tu. Aku tak izinkan manusia-manusia bodoh yang tak bertimbang rasa merosakkan holiday idaman aku.

Di Bandung semua okey. Aku suka. Especially melihat billboard, banner, bunting si sepanjang jalan (dasar budak percetakan!). Advertising mereka di sana bagi aku sangat kreatif. Berbeza dengan di Malaysia. Billboard kadang-kadang merepek je. Apa lagi tagline iklan tu. Hahaha!

So seperti niat asal aku ke sana, nak bershopping. Aku berjaya menghabiskan Rp3,000,000 dan RM100. Banyak jugak dapat aku beli. Tapi sumpah banyak lagi yang aku tak dapat beli. Tak apa, aku pasti akan ke sana lagi. Aku dah tahu apa yang aku boleh dapat di sana, aku tak dapat di sini. Huhuhuhu.

Keseluruhannya, holiday aku berjalan lancar. Gambar pun aku dah uplod di Facebook. Kalau nak tengok boleh tekan link di bawah ni:


Next destination is Singapore! (InsyaAllah) ^_____^
Wednesday, May 11, 2011

♥♥Aku dan Dentist♥♥

Seingat-ingat aku, kali terakhir aku berjumpa dentist adalah pada tahun 1998. Itupun terpaksa. Mengalami gigi berlubang yang maha sakit pada waktu itu. Dengan selamba aku pergi mencabut gigi di Hospital Kerajaan yang sememangnya sudah ramai mengatakan bahawa doktor-doktor gigi kerajaan begitu menakutkan.

Dek kerana aku masih sekolah, mak aku pun tak berapa banyak duit nak bawa ke klinik swasta. Aku redha. Sejak dari itu aku begitu menjaga gigi aku. Tapi menjaga tanpa berjumpa dentist yang kononnya wajib pada setiap 6 bulan.

Hari ni aku TERPAKSA sekali lagi berjumpa manusia yang paling aku takuti iaitu dentist. Dah 3 hari gusi aku bengkak. Bukan bengkak sebab gigi bongsu nak tumbuh. Tapi tiba-tiba bengkak. Oleh kerana gusi yang bengkak itu, dah 3 hari jugak ah aku tak ada selera makan dan buat aku tak sedap badan macam demam.

So, pagi tadi aku tak masuk ofis. Pergi jumpa dentist. Untuk sesi rawatan selama 20 minit tu aku terpaksa mengeluarkan RM140. Nasib baiklah syarikat aku bekerja membenarkan untuk claim bagi rawatan pergigian. Tapi terjejas jugak ah kewangan aku bulan ni. Claim bukannya terus dapat semula duit tu, kena ah tunggu bulan depan. Haih~

Sampai sekarang aku masih rasa kelat dalam mulut. Lidah asyik nak usik-usik gigi. Telinga masih terngiang-ngiang bunyi tools yang macam transformers tu. Ada jugak babak-babak ngeri bila tools tu terkena bahagian gusi aku yang bengkak. Masa tu memang rasa nak tumbuk muka doktor tu.

Lepas balik dari klinik aku lepak kat rumah. On9 kejap sementara dalam mulut rasa berdenyut-denyut. Sakit kepala dibuatnya. At last aku terlelap sampai jam 10pm tadi. Ni aku baru je buka PC sebab teringat yang aku kena siapkan terjemahan buku. Ikut hati nak tidur je sampai esok pagi. Hurm~~

Maka dengan ini, secara kebetulan gigi aku dah cantik bersih dan kurang sakit selepas makan ubat yang diberi. Gusi pun dah kurang bengkaknya. Tadi aku sempat bertanya kos rawatan bleaching (putihkan gigi). RM1200 minima. Perghhhh!! Kau orang agak-agak aku berani buat tak???????

P/S: Lepas ni boleh ah aku senyum sampai nampak gigi. Maklumlah gigi dah cantik walaupun berterabur sikit susunannya (itu seni ok!) Hahaha!!


Monday, May 9, 2011

♥♥Happy Birthday Munsif a.k.a Seph♥♥

Sabtu lepas kami bikin surprise lagi untuk Seph. Aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai kawan, Si Seph ni mesti dapat sambutan hari jadi yang super special selalunya. Mungkin sebab dia ni unik atau kata lain pelik. Dia seorang saja dalam kalangan kami yang tak memiliki Facebook. Unik kan?? Keh keh keh!

Kira-kira jam 430pm aku dan Ainn pergi ke rumah sewa beliau untuk menculiknya dibawa ke lokasi kejadian party tu. Kasihan Seph,,mata kena tutup. Bila kenang balik perangai dia dalam kereta sepanjang perjalanan memang lawak. Hahaha! Rasa nak lempang pun ada.



Lepas semua tetamu yang dijemput hadir, kami pun buka ikatan yang menutupi mata Seph. Hahahaha!! Memang kesian,,sebab sebelum tu dia dah kena buli dengan kami. Dah tiup lilin semua, apa lagi..makan!!! =)



Cupcakes yang sedap itu ditaja oleh Ainn. Kami yang lain-lain selain membawa perut comel masing-masing ada juga memberi sumbangan makanan-makanan sampingan. Hari tu Fatin masak bihun. Sumpah sedap!! (Ikhlas ni Fatin!) Ekekeke =)

Dah lepas makan apa lagi?? Gedik-gedik ambil gambar ah!! Hehehehe,,tapi banyak gambar yang aku sakit hati tengok. Sebab apa?? Jangan tanya kalau tak nak kena lempang dengan aku.


Haaa,,,nampak?!! Bukan main gemuk lagi aku sekarang kan?? Tu yang aku sakit hati bila tengok gambar sendiri sekarang ni. Hurm~~

Buat Seph,,Selamat Hari Jadi. Semoga kau bertambah matang seiring dengan peningkatan usia kau. Semoga panjang umur, rezeki yang melimpah-ruah dan cepat dipertemukan jodoh dengan minah senget kesayangan kau kat bawah ni >__<

Saat-saat berkumpul begini memang sangat aku gemari. Lagi-lagi dengan kalian yang sudah seperti darah daging sendiri. Aku tidak pernah menyangka akan memiliki sahabat-sahabat seperti kalian. Yang sentiasa ada di setiap jatuh bangun aku sejak kita mula berkenalan dahulu.
Sob sob sob..(mula ah touching) T____T

Aku harap persahabatan ini terjalin dengan erat dan kukuh sehingga ke akhirnya. Walaupun kita semua sudah ada haluan sendiri, aku yakin kita sentiasa saling mengingati dan berusaha untuk menikmati detik-detik gembira salah seorang di antara kita bersama-sama =)

So,,,siapa mangsa seterusnya???? To be continue ^___^Y








Monday, May 2, 2011

♥♥10 Fakta 'Menarik' Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥

  1. Aku sebagai petugas, bukan pengunjung. Perbezaan sangat ketara! Lagi best jadi pengunjung tapi lagi gembira jadi petugas. Haaa!
  2. Penat melayan karenah pengunjung dan 'topup' buku berbundle-bundle. Pinggang macam nak patah. Tumit macam nak pecah.
  3. Apabila waktu makan, kelaparan tahap buruh kasar membina bangunan. Semua ditelan, sedap ataupun tak sedap belakang kira. Asalkan ada tenaga.
  4. Rasa nak lempang minah-minah poyo yang mengeluh kesal kerana buku-buku Best Seller yang kami jual sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. (Tak nak beli sudah! Tak payah nak kutuk-kutuk ataupun beritahu aku yang kau kurang faham bila term-term dalam buku dah diterjemah dalam Bahasa Melayu).
  5. Dua tiga orang yang dah komplen macam-macam fasal buku terjemahan lepas tu beberapa minit kemudian dari jauh aku nampak kau ambil juga buku tu dan bawa ke kaunter pembayaran. Pftt!
  6. Ramai orang tak tahu yang peratus diskaun bagi setiap buku adalah sama nilainya dengan total harga semua buku ditolak peratus yang sama. Aiyak!
  7. Orang Melayu sekarang dah rajin baca buku sebab dah ada banyak bahan untuk dibaca. Buktinya ramai yang datang membeli buku siap bawa beg macam peserta AF. Hahaha!
  8. Apabila dalam situasi tertentu memerlukan pengakuan bahawa aku adalah Editor buku itu, pembeli begitu cepat kagum kerana menyangka aku adalah Penterjemah buku itu. Terpaksa aku beri penjelasan lanjut. Keh keh keh!
  9. Kesibukan bertugas di Pesta Buku buat aku melupakan semua tekanan kerja sementara. Rasa lapang gila! =)
  10. Majoriti petugas PTS dah ada rancangan bercuti dalam bulan Mei ni selepas berjuang semenjak awal tahun lagi demi menyempurnakan PBAKL 2011, termasuk aku. Yeahoooooooooooo..holiday!!!!!! ^___^
Wednesday, April 20, 2011

♥♥Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥

Pesta Buku Antarabangsa KL kembali! Jumaat ni dah mula. Esok aku dah kena loading buku. Konfem bagi aku banyak pengalaman baru. Tahun lepas pertama kali aku datang Pesta Buku. Sebelum ni tak pernah datang sebab tak ada geng dan tak ada sebab kukuh aku nak datang Pesta Buku. Lagipun tak datang Pesta Buku pun aku tetap beli buku.

Tahun lepas aku datang bersebab. Dan ia menjadi detik permulaan aku mengenali PTS. Di mana syarikat penerbitan tempat aku bekerja sekarang. Tahun lepas aku datang sebagai pengunjung. Tahun ni aku sebagai petugas di booth PTS. Magis! Sekejap je dah berubah. Tahun lepas tak terfikir pun apa yang aku akan lalui sekarang.

Aku harap semuanya berjalan lancar seperti dirancang. So, kalian yang mencintai buku wajib meluangkan masa menjenguk Pesta Buku yang bakal berlangsung 22hb April sehingga 1hb Mei 2011. Kalau datang nak jumpa aku sekali pun boleh, aku on duty pada 23hb, 28hb dan 1hb. Bolehlah kalau beli buku hasil suntingan aku then nak minta autograph dan bergambar dengan aku (OK! Ini agak melampau. Mengalahkan penulis) Hehehehe =)

Bagi yang ingin mengetahui apa buku-buku suntingan aku dan keluaran unit aku iaitu PTS Professional Publishing, kalian boleh klik link di bawah :


Dan bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PBAKL 2011 ataupun ingin memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah boleh klik link di bawah :


Ok! Jumpa di sana!! =)