Pages

Wednesday, June 1, 2011

♥♥Paris Van Java, Bandung 2011♥♥

Dah seminggu dah aku balik dari Bandung. 4 hari di sana sangat menguji aku. Sampai je airport dah spoil. Tapi aku sedaya upaya untuk mengabaikan "shit happen" tu. Aku tak izinkan manusia-manusia bodoh yang tak bertimbang rasa merosakkan holiday idaman aku.

Di Bandung semua okey. Aku suka. Especially melihat billboard, banner, bunting si sepanjang jalan (dasar budak percetakan!). Advertising mereka di sana bagi aku sangat kreatif. Berbeza dengan di Malaysia. Billboard kadang-kadang merepek je. Apa lagi tagline iklan tu. Hahaha!

So seperti niat asal aku ke sana, nak bershopping. Aku berjaya menghabiskan Rp3,000,000 dan RM100. Banyak jugak dapat aku beli. Tapi sumpah banyak lagi yang aku tak dapat beli. Tak apa, aku pasti akan ke sana lagi. Aku dah tahu apa yang aku boleh dapat di sana, aku tak dapat di sini. Huhuhuhu.

Keseluruhannya, holiday aku berjalan lancar. Gambar pun aku dah uplod di Facebook. Kalau nak tengok boleh tekan link di bawah ni:


Next destination is Singapore! (InsyaAllah) ^_____^
Wednesday, May 11, 2011

♥♥Aku dan Dentist♥♥

Seingat-ingat aku, kali terakhir aku berjumpa dentist adalah pada tahun 1998. Itupun terpaksa. Mengalami gigi berlubang yang maha sakit pada waktu itu. Dengan selamba aku pergi mencabut gigi di Hospital Kerajaan yang sememangnya sudah ramai mengatakan bahawa doktor-doktor gigi kerajaan begitu menakutkan.

Dek kerana aku masih sekolah, mak aku pun tak berapa banyak duit nak bawa ke klinik swasta. Aku redha. Sejak dari itu aku begitu menjaga gigi aku. Tapi menjaga tanpa berjumpa dentist yang kononnya wajib pada setiap 6 bulan.

Hari ni aku TERPAKSA sekali lagi berjumpa manusia yang paling aku takuti iaitu dentist. Dah 3 hari gusi aku bengkak. Bukan bengkak sebab gigi bongsu nak tumbuh. Tapi tiba-tiba bengkak. Oleh kerana gusi yang bengkak itu, dah 3 hari jugak ah aku tak ada selera makan dan buat aku tak sedap badan macam demam.

So, pagi tadi aku tak masuk ofis. Pergi jumpa dentist. Untuk sesi rawatan selama 20 minit tu aku terpaksa mengeluarkan RM140. Nasib baiklah syarikat aku bekerja membenarkan untuk claim bagi rawatan pergigian. Tapi terjejas jugak ah kewangan aku bulan ni. Claim bukannya terus dapat semula duit tu, kena ah tunggu bulan depan. Haih~

Sampai sekarang aku masih rasa kelat dalam mulut. Lidah asyik nak usik-usik gigi. Telinga masih terngiang-ngiang bunyi tools yang macam transformers tu. Ada jugak babak-babak ngeri bila tools tu terkena bahagian gusi aku yang bengkak. Masa tu memang rasa nak tumbuk muka doktor tu.

Lepas balik dari klinik aku lepak kat rumah. On9 kejap sementara dalam mulut rasa berdenyut-denyut. Sakit kepala dibuatnya. At last aku terlelap sampai jam 10pm tadi. Ni aku baru je buka PC sebab teringat yang aku kena siapkan terjemahan buku. Ikut hati nak tidur je sampai esok pagi. Hurm~~

Maka dengan ini, secara kebetulan gigi aku dah cantik bersih dan kurang sakit selepas makan ubat yang diberi. Gusi pun dah kurang bengkaknya. Tadi aku sempat bertanya kos rawatan bleaching (putihkan gigi). RM1200 minima. Perghhhh!! Kau orang agak-agak aku berani buat tak???????

P/S: Lepas ni boleh ah aku senyum sampai nampak gigi. Maklumlah gigi dah cantik walaupun berterabur sikit susunannya (itu seni ok!) Hahaha!!


Monday, May 9, 2011

♥♥Happy Birthday Munsif a.k.a Seph♥♥

Sabtu lepas kami bikin surprise lagi untuk Seph. Aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai kawan, Si Seph ni mesti dapat sambutan hari jadi yang super special selalunya. Mungkin sebab dia ni unik atau kata lain pelik. Dia seorang saja dalam kalangan kami yang tak memiliki Facebook. Unik kan?? Keh keh keh!

Kira-kira jam 430pm aku dan Ainn pergi ke rumah sewa beliau untuk menculiknya dibawa ke lokasi kejadian party tu. Kasihan Seph,,mata kena tutup. Bila kenang balik perangai dia dalam kereta sepanjang perjalanan memang lawak. Hahaha! Rasa nak lempang pun ada.



Lepas semua tetamu yang dijemput hadir, kami pun buka ikatan yang menutupi mata Seph. Hahahaha!! Memang kesian,,sebab sebelum tu dia dah kena buli dengan kami. Dah tiup lilin semua, apa lagi..makan!!! =)



Cupcakes yang sedap itu ditaja oleh Ainn. Kami yang lain-lain selain membawa perut comel masing-masing ada juga memberi sumbangan makanan-makanan sampingan. Hari tu Fatin masak bihun. Sumpah sedap!! (Ikhlas ni Fatin!) Ekekeke =)

Dah lepas makan apa lagi?? Gedik-gedik ambil gambar ah!! Hehehehe,,tapi banyak gambar yang aku sakit hati tengok. Sebab apa?? Jangan tanya kalau tak nak kena lempang dengan aku.


Haaa,,,nampak?!! Bukan main gemuk lagi aku sekarang kan?? Tu yang aku sakit hati bila tengok gambar sendiri sekarang ni. Hurm~~

Buat Seph,,Selamat Hari Jadi. Semoga kau bertambah matang seiring dengan peningkatan usia kau. Semoga panjang umur, rezeki yang melimpah-ruah dan cepat dipertemukan jodoh dengan minah senget kesayangan kau kat bawah ni >__<

Saat-saat berkumpul begini memang sangat aku gemari. Lagi-lagi dengan kalian yang sudah seperti darah daging sendiri. Aku tidak pernah menyangka akan memiliki sahabat-sahabat seperti kalian. Yang sentiasa ada di setiap jatuh bangun aku sejak kita mula berkenalan dahulu.
Sob sob sob..(mula ah touching) T____T

Aku harap persahabatan ini terjalin dengan erat dan kukuh sehingga ke akhirnya. Walaupun kita semua sudah ada haluan sendiri, aku yakin kita sentiasa saling mengingati dan berusaha untuk menikmati detik-detik gembira salah seorang di antara kita bersama-sama =)

So,,,siapa mangsa seterusnya???? To be continue ^___^Y








Monday, May 2, 2011

♥♥10 Fakta 'Menarik' Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥

  1. Aku sebagai petugas, bukan pengunjung. Perbezaan sangat ketara! Lagi best jadi pengunjung tapi lagi gembira jadi petugas. Haaa!
  2. Penat melayan karenah pengunjung dan 'topup' buku berbundle-bundle. Pinggang macam nak patah. Tumit macam nak pecah.
  3. Apabila waktu makan, kelaparan tahap buruh kasar membina bangunan. Semua ditelan, sedap ataupun tak sedap belakang kira. Asalkan ada tenaga.
  4. Rasa nak lempang minah-minah poyo yang mengeluh kesal kerana buku-buku Best Seller yang kami jual sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. (Tak nak beli sudah! Tak payah nak kutuk-kutuk ataupun beritahu aku yang kau kurang faham bila term-term dalam buku dah diterjemah dalam Bahasa Melayu).
  5. Dua tiga orang yang dah komplen macam-macam fasal buku terjemahan lepas tu beberapa minit kemudian dari jauh aku nampak kau ambil juga buku tu dan bawa ke kaunter pembayaran. Pftt!
  6. Ramai orang tak tahu yang peratus diskaun bagi setiap buku adalah sama nilainya dengan total harga semua buku ditolak peratus yang sama. Aiyak!
  7. Orang Melayu sekarang dah rajin baca buku sebab dah ada banyak bahan untuk dibaca. Buktinya ramai yang datang membeli buku siap bawa beg macam peserta AF. Hahaha!
  8. Apabila dalam situasi tertentu memerlukan pengakuan bahawa aku adalah Editor buku itu, pembeli begitu cepat kagum kerana menyangka aku adalah Penterjemah buku itu. Terpaksa aku beri penjelasan lanjut. Keh keh keh!
  9. Kesibukan bertugas di Pesta Buku buat aku melupakan semua tekanan kerja sementara. Rasa lapang gila! =)
  10. Majoriti petugas PTS dah ada rancangan bercuti dalam bulan Mei ni selepas berjuang semenjak awal tahun lagi demi menyempurnakan PBAKL 2011, termasuk aku. Yeahoooooooooooo..holiday!!!!!! ^___^
Wednesday, April 20, 2011

♥♥Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥

Pesta Buku Antarabangsa KL kembali! Jumaat ni dah mula. Esok aku dah kena loading buku. Konfem bagi aku banyak pengalaman baru. Tahun lepas pertama kali aku datang Pesta Buku. Sebelum ni tak pernah datang sebab tak ada geng dan tak ada sebab kukuh aku nak datang Pesta Buku. Lagipun tak datang Pesta Buku pun aku tetap beli buku.

Tahun lepas aku datang bersebab. Dan ia menjadi detik permulaan aku mengenali PTS. Di mana syarikat penerbitan tempat aku bekerja sekarang. Tahun lepas aku datang sebagai pengunjung. Tahun ni aku sebagai petugas di booth PTS. Magis! Sekejap je dah berubah. Tahun lepas tak terfikir pun apa yang aku akan lalui sekarang.

Aku harap semuanya berjalan lancar seperti dirancang. So, kalian yang mencintai buku wajib meluangkan masa menjenguk Pesta Buku yang bakal berlangsung 22hb April sehingga 1hb Mei 2011. Kalau datang nak jumpa aku sekali pun boleh, aku on duty pada 23hb, 28hb dan 1hb. Bolehlah kalau beli buku hasil suntingan aku then nak minta autograph dan bergambar dengan aku (OK! Ini agak melampau. Mengalahkan penulis) Hehehehe =)

Bagi yang ingin mengetahui apa buku-buku suntingan aku dan keluaran unit aku iaitu PTS Professional Publishing, kalian boleh klik link di bawah :


Dan bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PBAKL 2011 ataupun ingin memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah boleh klik link di bawah :


Ok! Jumpa di sana!! =)






Friday, February 4, 2011

♥♥Percutian 'Ice Age' di Cameron Highlands♥♥

Hujung minggu lalu pada 29hb dan 30hb Januari 2011 aku, Mazu dan Tie bercuti di Cameron Highlands. Percutian ni adalah rancangan aku sebulan yang lalu. Sepatutnya aku bukan pergi dengan mereka. Cuma disebabkan beberapa perkara yang tak diduga berlaku, maka aku terpaksa mengubah plan asal menjadikan ia 'plan 2 minit'.

Lazimnya aku suka membuat 'plan 2 minit'. Ini kerana seperti kebiasaannya bila aku merancang sesuatu terlalu awal pasti akan ada halangan sehingga terpaksa membatalkan rancangan itu. Tapi sekiranya aku hanya membuat rancangan ke mana-mana dalam masa 2 minit sahaja, 90% pasti rancangan itu berjaya dilaksanakan.

Jadi, pagi Sabtu itu kami bertiga pun memulakan perjalanan pada jam 9am menuju puncak Cameron Highlands menaiki Super Viva yang dipandu oleh Mazu si pelumba F1 kategori bawah 25 tahun. Pukul 1 kami sampai di Tanah Rata dan check in di Hotel Hillview Inn.

Gambar pertama selepas memulakan perjalanan

Selepas check in, kami berehat sekejap dan memulakan aktiviti pada pukul 2pm. Hari pertama kami ke Taman Rama-Rama, Taman Kaktus, beberapa tempat yang aku kurang pasti namanya dan Pasar Malam Brinchang. Malam tu kami bersiar-siar sekitar Tanah Rata dan Brinchang menikmati pemandangan dan kesejukan Cameron Highlands. Sumpah,, dalam banyak-banyak kali aku ke sana ini adalah yang paling sejuk pernah aku rasa. Mungkin kerana musim hujan. Tapi hujan langsung tidak membataskan pergerakan kami di sana. Huhuhu..Redah jer~~~

Di Taman Kaktus. Macam-macam species kaktus ada di sini.

Hari kedua sebelum pulang kami breakfast di Strawberry Moment, kemudian ke Strawberry Farm dan Ladang Teh BOH. Setelah berpuas hati bershopping souvenir untuk kawan-kawan, kami pun bertolak pulang dalam jam 2pm dan bercadang untuk singgah ke Bukit Tinggi. Tetapi hujan lebat yang turun tanpa henti memaksa kami membatalkan niat itu.

Bergambar sebelum check out di perkarangan hotel. I luv this place!

Sebagai tanda kenangan kami bertiga bercuti di sana, kami sepakat membeli sehelai t-shirt bergambar strawberi dan frame gambar setiap seorang. Di mana aku akan memilih satu gambar terbaik kami untuk diframekan supaya dapat menghiasi meja ofis kami =)

P/s: To be continue........next, kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang =)




Saturday, December 4, 2010

♥♥Hari Graduasi Saya♥♥

1 Disember 2010 lalu telah berlangsung istiadat konvokesyen sidang ke-9 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Dengan itu aku secara rasminya sudah bergelar graduan dan serta-merta menjadi alumni. Segulung (kata orang, walaupun sijil itu tidak digulung) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Teknologi Percetakan sudah di dalam genggaman aku sekarang.

Sedikit terkilan kerana abah tidak dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri ketika aku mengambil ijazah itu. Sedangkan pada aku, itu adalah hadiah paling berharga setakat ini yang dapat aku beri kepadanya. Namun aku tetap kuat pada hari graduasi itu kerana ada bunda yang menemani.


Di sini aku ingin memberi penghargaan kepada beberapa insan yang selama ini banyak membantu sepanjang pengajian aku. Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan hari graduasi aku ataupun sekadar memberi ucapan melalui FB, SMS, menulis di blog, dan menelefon aku.


Mak dan Abah

Kakyang memang degil, keras hati dan adakalanya melawan keputusan ataupun kehendak mak abah. Tapi kakyang benar-benar berharap mak abah percaya serta yakin kepada kakyang bahawa kakyang tak akan sia-siakan hidup ini. Kakyang tahu apa tanggungjawab kakyang kepada adik-adik. InsyaAllah perlahan-lahan kakyang akan buktikan kepada mak abah apa yang kakyang mampu merubah nasib keluarga kita. Terima kasih tak terhingga kerana banyak menghabiskan wang ringgit sepanjang pengajian kakyang. Terima kasih atas dorongan dan sokongan ketika kakyang hilang arah. Terima kasih kerana memberi kebebasan tanpa mengabaikan. Terima kasih, terima kasih dan TERIMA KASIH.


Adik-beradik

Kaklong,

Terima kasih kerana selalu memberi nasihat dan sokongan tanpa jemu.


Abangngah,

Terima kasih kerana mempercayai dan membantu dalam wang ringgit.


Iwan, Ayen, Zura, Yusri dan Shahril,

Terima kasih kerana sanggup menerima sedikit kekurangan kerana mak abah mendahulukan kepentingan kakyang. Jangan khuatir adik-adikku, habuan kalian dah tersedia dari aku. Hanya cepat ataupun lambat saja kalian menerimanya.


Sahabat

Najib,
Terima kasih sudi datang dari Penang dan memberi bunga pada hari itu. Dan sudi meluangkan masa makan tengahari bersama keesokkan harinya :)

Rai, Terima kasih sudi menulis ucapan tahniah di blog. Tak sangka kamu "pemalu" tiba-tiba. Hehehe~~

Aina, Terima kasih sudi telefon mengucapkan tahniah tepat pada masanya walaupun kesibukan menghadapi peperiksaan akhir di UPSI.

Rakan sekerja
Faizal, Abang Zaki, Siti Maryam, Haeqal, Mazura, dan Kak Zila,,

Terima kasih sudi meraikan graduasi saya dengan makan bersama pada malam itu.


Special thanks to....
Dd,, terima kasih atas pemberian jambangan bunga dan kad ucapan tahniah itu. Walaupun awak tak dapat hadir, tapi awak tidak terlepas seminit pun berkongsi detik manis saya pada hari itu dan terima kasih untuk semuanya. Ailuviyu! ;)

I'M REALLY REALLY REALLY HAPPY!!
GUYS,, you're my MIRACLE!!






Saturday, October 30, 2010

♥♥Rumah baru♥♥

Yey! Hari ini adalah antara hari yang menggembirakan dalam hidup aku. Aku telah berpindah rumah buat kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan. Perbezaan kali ini aku tidak lagi bergelar penyewa bilik. Kini aku mempunyai rumah sewa sendiri yang didiami bersama dua orang rakan sepejabat iaitu Kak Shikin dan adiknya Jijah.

Petang tadi secara rasminya aku berpindah ke rumah baru kami. Bagi tidak merisaukan hati bundaku, aku mengajak bunda tidur di rumah baru aku malam ini. Selain bunda, aku turut mempelawa seorang adik, kakak ipar dan dua orang anaknya (anak buah aku) yang begitu teruja mahu ke rumah aku.

Kira-kira jam 830pm tadi, aku siap mengemas, melipat pakaian, mengatur susun letak barang-barang di dalam bilik aku. Oh, aku mula berasa teruja dan tidak sabar mahu membeli set perabot bilik tidur. Sudah bosan tidur sekadar di atas tilam. Mulai gaji bulan hadapan, aku sudah tidak bisa berjimba-jimba membuang wang sesuka hati.

Aku berdoa agar Allah SWT sentiasa membuka pintu-pintu rezeki buat aku. Kerana selepas ini banyak perancangan aku yang memerlukan wang bagi merealisasikannya. Semoga segala yang aku rancang dipermudahkan. Amin.

So, bila dah ada rumah sewa sendiri ni, tahap imaginasi semakin tinggi ah. Hehehehe. Mula berangan-angan mahu hiasan dalaman pada rumah dan bilik yang indah dan menarik. Setakat ini aku dan dua lagi rakan serumah sudah sepakat mahu rumah ini dihias berasaskan tema warna hitam dan putih.

Sofa, kabinet TV, coffee table, dan beberapa barangan elektrik lain semuanya berwarna hitam dan putih. Ngeeee~ Aku yakin ia akan menyusul dengan langsir, wallpaper, perhiasan, lampu ataupun mengecat dinding ruang tamu bertemakan hitam dan putih juga tidak lama lagi. Hihihi!

Agak-agak berapa aku kena bayar kalau nak suruh
'apek' ni decor rumah kami? Hehehehe ;)

Bilik aku nanti aku sudah pilih konsep modern berasaskan warna MERAH, HITAM dan PUTIH. Mungkin seakan-akan gambar di bawah ini...

Erk? Agak keterlaluan rasanya kerana ruang bilik
aku tidak seluas ini. Huhu.

Oleh yang demikian, aku akan merajinkan diri selalu-selalu ke IKEA supaya dapat meng'updates' gaya hiasan dalaman rumah yang terkini dan mengikut trend semasa. Yang penting, WANGnya ADA!! Selamat menabung demi rumah kau agar CANTIK dan SELESA yin!!

Wednesday, September 8, 2010

♥♥Program Infaq Ramadhan & Wakaf Buku PTS di Rumah Perlindungan PERNIM♥♥

Program Infaq Ramadhan dan Wakaf Buku PTS
Lokasi : Rumah Perlindungan PERNIM
Tarikh : 4hb September 2010



Aktiviti :
Memasang rak buku
Mewakafkan buku-buku terpilih dari PTS
Menyumbangkan buku-buku terbitan PTS bernilai rm800
Melayan karenah anak-anak kecil
Membacakan buku cerita kepada mereka
Sesi berbual mesra dengan penaung PERNIM.
Sesi bergambar kenangan





Semoga adik-adik memanfaatkan buku-buku yang telah kami sumbangkan ya!! ^_____^
InsyaAllah,,,kakak akan ke rumah kalian pada Majlis Hari Raya nanti dan berusaha untuk menjenguk kalian di lain waktu =)
Sunday, August 8, 2010

♥♥Selamat Datang Dunia Baru♥♥

Selamat Datang Dunia Baru! Selamat Datang Alam Pekerjaan! ^_____^

Esok bermulalah episod baru dalam siri hidup aku. Setelah bertungkus-lumus untuk menghabiskan pengajian, sudah tiba masa untuk berganjak ke alam pekerjaan. Doaku termakbul juga. Alhamdullilah~

Sekali lagi aku akan menempuh kehidupan yang menuntun aku berdikari. Mengasingkan diri dari keluarga dan sahabat, namun bukan untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab. Tetapi mengasingkan diri agar lebih fokus, lebih menyelami, lebih mengerti, lebih merasai bagaimana kepayahan untuk mencari rezeki.

Ini bukan yang pertama kali, seharusnya aku perlu lebih yakin untuk mengharungi apa pun yang bakal berlaku. Semoga aku selalu bertabah dan bersabar.

Buat sahabat yang selalu bersama pasti akan merasai aku menjauhkan diri. Tetapi, aku punya matlamat tersendiri. Mohon kalian dapat memahami dan mengerti. Kita tidak akan menikmati kehidupan yang hebat sekiranya kita tidak berani untuk keluar daripada kepompong yang kita ciptakan sendiri. Namun, setiap orang mempunyai caranya sendiri. Dan ini adalah cara aku. Semoga aku masih mampu untuk selalu ada buat kalian ketika kalian memerlukan.....^_______^


Makan ais-krim di lokasi rahsia T____T
Yana & Heler




Pesta Jepun dengan Ainn


Berbuka puasa bersama Faten


Partner terbaik untuk shopping, Gjie


Teman berbual di YM, Beba


P/S : Kalian sila jaga diri baik-baik ya!! =')