- Aku sebagai petugas, bukan pengunjung. Perbezaan sangat ketara! Lagi best jadi pengunjung tapi lagi gembira jadi petugas. Haaa!
- Penat melayan karenah pengunjung dan 'topup' buku berbundle-bundle. Pinggang macam nak patah. Tumit macam nak pecah.
- Apabila waktu makan, kelaparan tahap buruh kasar membina bangunan. Semua ditelan, sedap ataupun tak sedap belakang kira. Asalkan ada tenaga.
- Rasa nak lempang minah-minah poyo yang mengeluh kesal kerana buku-buku Best Seller yang kami jual sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. (Tak nak beli sudah! Tak payah nak kutuk-kutuk ataupun beritahu aku yang kau kurang faham bila term-term dalam buku dah diterjemah dalam Bahasa Melayu).
- Dua tiga orang yang dah komplen macam-macam fasal buku terjemahan lepas tu beberapa minit kemudian dari jauh aku nampak kau ambil juga buku tu dan bawa ke kaunter pembayaran. Pftt!
- Ramai orang tak tahu yang peratus diskaun bagi setiap buku adalah sama nilainya dengan total harga semua buku ditolak peratus yang sama. Aiyak!
- Orang Melayu sekarang dah rajin baca buku sebab dah ada banyak bahan untuk dibaca. Buktinya ramai yang datang membeli buku siap bawa beg macam peserta AF. Hahaha!
- Apabila dalam situasi tertentu memerlukan pengakuan bahawa aku adalah Editor buku itu, pembeli begitu cepat kagum kerana menyangka aku adalah Penterjemah buku itu. Terpaksa aku beri penjelasan lanjut. Keh keh keh!
- Kesibukan bertugas di Pesta Buku buat aku melupakan semua tekanan kerja sementara. Rasa lapang gila! =)
- Majoriti petugas PTS dah ada rancangan bercuti dalam bulan Mei ni selepas berjuang semenjak awal tahun lagi demi menyempurnakan PBAKL 2011, termasuk aku. Yeahoooooooooooo..holiday!!!!!! ^___^
Perempuan sarcastic yang bajet cool walaupun hakikatnya dia berhati tisu apabila menonton drama Korea. Meminati Yoon Doo Joon secara serius. Ok?
Monday, May 2, 2011
♥♥10 Fakta 'Menarik' Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥
Wednesday, April 20, 2011
♥♥Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥
Pesta Buku Antarabangsa KL kembali! Jumaat ni dah mula. Esok aku dah kena loading buku. Konfem bagi aku banyak pengalaman baru. Tahun lepas pertama kali aku datang Pesta Buku. Sebelum ni tak pernah datang sebab tak ada geng dan tak ada sebab kukuh aku nak datang Pesta Buku. Lagipun tak datang Pesta Buku pun aku tetap beli buku.Tahun lepas aku datang bersebab. Dan ia menjadi detik permulaan aku mengenali PTS. Di mana syarikat penerbitan tempat aku bekerja sekarang. Tahun lepas aku datang sebagai pengunjung. Tahun ni aku sebagai petugas di booth PTS. Magis! Sekejap je dah berubah. Tahun lepas tak terfikir pun apa yang aku akan lalui sekarang.
Aku harap semuanya berjalan lancar seperti dirancang. So, kalian yang mencintai buku wajib meluangkan masa menjenguk Pesta Buku yang bakal berlangsung 22hb April sehingga 1hb Mei 2011. Kalau datang nak jumpa aku sekali pun boleh, aku on duty pada 23hb, 28hb dan 1hb. Bolehlah kalau beli buku hasil suntingan aku then nak minta autograph dan bergambar dengan aku (OK! Ini agak melampau. Mengalahkan penulis) Hehehehe =)
Bagi yang ingin mengetahui apa buku-buku suntingan aku dan keluaran unit aku iaitu PTS Professional Publishing, kalian boleh klik link di bawah :
Dan bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PBAKL 2011 ataupun ingin memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah boleh klik link di bawah :
Ok! Jumpa di sana!! =)
Friday, February 4, 2011
♥♥Percutian 'Ice Age' di Cameron Highlands♥♥
Hujung minggu lalu pada 29hb dan 30hb Januari 2011 aku, Mazu dan Tie bercuti di Cameron Highlands. Percutian ni adalah rancangan aku sebulan yang lalu. Sepatutnya aku bukan pergi dengan mereka. Cuma disebabkan beberapa perkara yang tak diduga berlaku, maka aku terpaksa mengubah plan asal menjadikan ia 'plan 2 minit'.
Lazimnya aku suka membuat 'plan 2 minit'. Ini kerana seperti kebiasaannya bila aku merancang sesuatu terlalu awal pasti akan ada halangan sehingga terpaksa membatalkan rancangan itu. Tapi sekiranya aku hanya membuat rancangan ke mana-mana dalam masa 2 minit sahaja, 90% pasti rancangan itu berjaya dilaksanakan.
Jadi, pagi Sabtu itu kami bertiga pun memulakan perjalanan pada jam 9am menuju puncak Cameron Highlands menaiki Super Viva yang dipandu oleh Mazu si pelumba F1 kategori bawah 25 tahun. Pukul 1 kami sampai di Tanah Rata dan check in di Hotel Hillview Inn.
Selepas check in, kami berehat sekejap dan memulakan aktiviti pada pukul 2pm. Hari pertama kami ke Taman Rama-Rama, Taman Kaktus, beberapa tempat yang aku kurang pasti namanya dan Pasar Malam Brinchang. Malam tu kami bersiar-siar sekitar Tanah Rata dan Brinchang menikmati pemandangan dan kesejukan Cameron Highlands. Sumpah,, dalam banyak-banyak kali aku ke sana ini adalah yang paling sejuk pernah aku rasa. Mungkin kerana musim hujan. Tapi hujan langsung tidak membataskan pergerakan kami di sana. Huhuhu..Redah jer~~~
Hari kedua sebelum pulang kami breakfast di Strawberry Moment, kemudian ke Strawberry Farm dan Ladang Teh BOH. Setelah berpuas hati bershopping souvenir untuk kawan-kawan, kami pun bertolak pulang dalam jam 2pm dan bercadang untuk singgah ke Bukit Tinggi. Tetapi hujan lebat yang turun tanpa henti memaksa kami membatalkan niat itu.
Bergambar sebelum check out di perkarangan hotel. I luv this place!

Bergambar sebelum check out di perkarangan hotel. I luv this place!Sebagai tanda kenangan kami bertiga bercuti di sana, kami sepakat membeli sehelai t-shirt bergambar strawberi dan frame gambar setiap seorang. Di mana aku akan memilih satu gambar terbaik kami untuk diframekan supaya dapat menghiasi meja ofis kami =)
P/s: To be continue........next, kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang =)

Saturday, December 4, 2010
♥♥Hari Graduasi Saya♥♥
1 Disember 2010 lalu telah berlangsung istiadat konvokesyen sidang ke-9 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Dengan itu aku secara rasminya sudah bergelar graduan dan serta-merta menjadi alumni. Segulung (kata orang, walaupun sijil itu tidak digulung) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Teknologi Percetakan sudah di dalam genggaman aku sekarang.
Sedikit terkilan kerana abah tidak dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri ketika aku mengambil ijazah itu. Sedangkan pada aku, itu adalah hadiah paling berharga setakat ini yang dapat aku beri kepadanya. Namun aku tetap kuat pada hari graduasi itu kerana ada bunda yang menemani.
Di sini aku ingin memberi penghargaan kepada beberapa insan yang selama ini banyak membantu sepanjang pengajian aku. Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan hari graduasi aku ataupun sekadar memberi ucapan melalui FB, SMS, menulis di blog, dan menelefon aku.
Mak dan Abah
Kakyang memang degil, keras hati dan adakalanya melawan keputusan ataupun kehendak mak abah. Tapi kakyang benar-benar berharap mak abah percaya serta yakin kepada kakyang bahawa kakyang tak akan sia-siakan hidup ini. Kakyang tahu apa tanggungjawab kakyang kepada adik-adik. InsyaAllah perlahan-lahan kakyang akan buktikan kepada mak abah apa yang kakyang mampu merubah nasib keluarga kita. Terima kasih tak terhingga kerana banyak menghabiskan wang ringgit sepanjang pengajian kakyang. Terima kasih atas dorongan dan sokongan ketika kakyang hilang arah. Terima kasih kerana memberi kebebasan tanpa mengabaikan. Terima kasih, terima kasih dan TERIMA KASIH.
Adik-beradik
Kaklong,
Terima kasih kerana selalu memberi nasihat dan sokongan tanpa jemu.
Abangngah,
Terima kasih kerana mempercayai dan membantu dalam wang ringgit.
Iwan, Ayen, Zura, Yusri dan Shahril,
Terima kasih kerana sanggup menerima sedikit kekurangan kerana mak abah mendahulukan kepentingan kakyang. Jangan khuatir adik-adikku, habuan kalian dah tersedia dari aku. Hanya cepat ataupun lambat saja kalian menerimanya.
Sahabat
Najib, Terima kasih sudi datang dari Penang dan memberi bunga pada hari itu. Dan sudi meluangkan masa makan tengahari bersama keesokkan harinya :)
Rai, Terima kasih sudi menulis ucapan tahniah di blog. Tak sangka kamu "pemalu" tiba-tiba. Hehehe~~
Aina, Terima kasih sudi telefon mengucapkan tahniah tepat pada masanya walaupun kesibukan menghadapi peperiksaan akhir di UPSI.
Rakan sekerja
Faizal, Abang Zaki, Siti Maryam, Haeqal, Mazura, dan Kak Zila,,
Terima kasih sudi meraikan graduasi saya dengan makan bersama pada malam itu.
Special thanks to....
Dd,, terima kasih atas pemberian jambangan bunga dan kad ucapan tahniah itu. Walaupun awak tak dapat hadir, tapi awak tidak terlepas seminit pun berkongsi detik manis saya pada hari itu dan terima kasih untuk semuanya. Ailuviyu! ;)
I'M REALLY REALLY REALLY HAPPY!!
GUYS,, you're my MIRACLE!!

Saturday, October 30, 2010
♥♥Rumah baru♥♥
Yey! Hari ini adalah antara hari yang menggembirakan dalam hidup aku. Aku telah berpindah rumah buat kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan. Perbezaan kali ini aku tidak lagi bergelar penyewa bilik. Kini aku mempunyai rumah sewa sendiri yang didiami bersama dua orang rakan sepejabat iaitu Kak Shikin dan adiknya Jijah.
Petang tadi secara rasminya aku berpindah ke rumah baru kami. Bagi tidak merisaukan hati bundaku, aku mengajak bunda tidur di rumah baru aku malam ini. Selain bunda, aku turut mempelawa seorang adik, kakak ipar dan dua orang anaknya (anak buah aku) yang begitu teruja mahu ke rumah aku.
Kira-kira jam 830pm tadi, aku siap mengemas, melipat pakaian, mengatur susun letak barang-barang di dalam bilik aku. Oh, aku mula berasa teruja dan tidak sabar mahu membeli set perabot bilik tidur. Sudah bosan tidur sekadar di atas tilam. Mulai gaji bulan hadapan, aku sudah tidak bisa berjimba-jimba membuang wang sesuka hati.
Aku berdoa agar Allah SWT sentiasa membuka pintu-pintu rezeki buat aku. Kerana selepas ini banyak perancangan aku yang memerlukan wang bagi merealisasikannya. Semoga segala yang aku rancang dipermudahkan. Amin.
So, bila dah ada rumah sewa sendiri ni, tahap imaginasi semakin tinggi ah. Hehehehe. Mula berangan-angan mahu hiasan dalaman pada rumah dan bilik yang indah dan menarik. Setakat ini aku dan dua lagi rakan serumah sudah sepakat mahu rumah ini dihias berasaskan tema warna hitam dan putih.
Sofa, kabinet TV, coffee table, dan beberapa barangan elektrik lain semuanya berwarna hitam dan putih. Ngeeee~ Aku yakin ia akan menyusul dengan langsir, wallpaper, perhiasan, lampu ataupun mengecat dinding ruang tamu bertemakan hitam dan putih juga tidak lama lagi. Hihihi!
Agak-agak berapa aku kena bayar kalau nak suruh
'apek' ni decor rumah kami? Hehehehe ;)
Erk? Agak keterlaluan rasanya kerana ruang bilik
aku tidak seluas ini. Huhu.

Bilik aku nanti aku sudah pilih konsep modern berasaskan warna MERAH, HITAM dan PUTIH. Mungkin seakan-akan gambar di bawah ini...
Erk? Agak keterlaluan rasanya kerana ruang bilikaku tidak seluas ini. Huhu.
Oleh yang demikian, aku akan merajinkan diri selalu-selalu ke IKEA supaya dapat meng'updates' gaya hiasan dalaman rumah yang terkini dan mengikut trend semasa. Yang penting, WANGnya ADA!! Selamat menabung demi rumah kau agar CANTIK dan SELESA yin!!
Wednesday, September 8, 2010
♥♥Program Infaq Ramadhan & Wakaf Buku PTS di Rumah Perlindungan PERNIM♥♥
Program Infaq Ramadhan dan Wakaf Buku PTS
Lokasi : Rumah Perlindungan PERNIM
Tarikh : 4hb September 2010
Lokasi : Rumah Perlindungan PERNIM
Tarikh : 4hb September 2010
Aktiviti :
Memasang rak buku
Mewakafkan buku-buku terpilih dari PTS
Menyumbangkan buku-buku terbitan PTS bernilai rm800
Melayan karenah anak-anak kecil
Membacakan buku cerita kepada mereka
Sesi berbual mesra dengan penaung PERNIM.
Sesi bergambar kenangan

Sunday, August 8, 2010
♥♥Selamat Datang Dunia Baru♥♥
Selamat Datang Dunia Baru! Selamat Datang Alam Pekerjaan! ^_____^
Esok bermulalah episod baru dalam siri hidup aku. Setelah bertungkus-lumus untuk menghabiskan pengajian, sudah tiba masa untuk berganjak ke alam pekerjaan. Doaku termakbul juga. Alhamdullilah~
Sekali lagi aku akan menempuh kehidupan yang menuntun aku berdikari. Mengasingkan diri dari keluarga dan sahabat, namun bukan untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab. Tetapi mengasingkan diri agar lebih fokus, lebih menyelami, lebih mengerti, lebih merasai bagaimana kepayahan untuk mencari rezeki.
Ini bukan yang pertama kali, seharusnya aku perlu lebih yakin untuk mengharungi apa pun yang bakal berlaku. Semoga aku selalu bertabah dan bersabar.
Buat sahabat yang selalu bersama pasti akan merasai aku menjauhkan diri. Tetapi, aku punya matlamat tersendiri. Mohon kalian dapat memahami dan mengerti. Kita tidak akan menikmati kehidupan yang hebat sekiranya kita tidak berani untuk keluar daripada kepompong yang kita ciptakan sendiri. Namun, setiap orang mempunyai caranya sendiri. Dan ini adalah cara aku. Semoga aku masih mampu untuk selalu ada buat kalian ketika kalian memerlukan.....^_______^

Friday, August 6, 2010
♥♥Wishlist (Angan-angan)♥♥
Memandangkan aku sudah mendapat pekerjaan......
Bermulalah episod angan-angan Mat Jenin aku......
Walaupun gaji yang bakal diterima mungkin tidak dapat menandingi gaji seorang jurutera, peguam syariah, arkitek, mahupun mereka yang menyertai MLM......
Namun aku tetap gigih berangan-angan untuk memiliki......
TOP 01

SUZUKI SWIFT!!! Yang berjaya membuat aku sasau serta merta jika ternampak di jalan raya, atau lebuh raya walaupun hakikatnya aku tidak memiliki lesen memandu, malah tidak tahu memandu kereta pun. Kalau tak mampu beli Swift, Myvi pun jadilah. Kasihan kau Yin!! T_____T"
TOP 02
Jam tangan FOSSIL!! Haa,,yang ini sebenarnya sudah beberapa kali nyaris-nyaris dibeli semasa aku bekerja di Habib Jewels. Namun, entah mengapa setiap kali wang terkumpul telah mencukupi ada sahaja masalah lain yang timbul sehinggakan saat kini aku masih kempunan memilikinya. Sebagai tanda protes sudah lebih daripada setahun aku tidak memakai jam tangan... ='(
TOP 04
NIKON DSLR!! Waaaa...yang ini aku sangat teruja. Seandainya aku telah berjaya memilikinya nanti, aku pasti akan bersungguh-sungguh memahirkan diri mengendalikannya. Aku tidak mahu memilikinya hanya sekadar mengikuti trend semasa kerana aku merasakan diri ini juga berbakat dalam bidang fotografi. Hehehehe....Yin, sila jangan perasan! ='>
TOP 04
NIKON DSLR!! Waaaa...yang ini aku sangat teruja. Seandainya aku telah berjaya memilikinya nanti, aku pasti akan bersungguh-sungguh memahirkan diri mengendalikannya. Aku tidak mahu memilikinya hanya sekadar mengikuti trend semasa kerana aku merasakan diri ini juga berbakat dalam bidang fotografi. Hehehehe....Yin, sila jangan perasan! ='>TOP 05
WHITE GOLD RING!! Sob sob sob,,, yang ini dulu sudah pun memiliki semasa bekerja di Habib Jewels. Walaupun tidak sama seperti digambar. Hahahaha. Tetapi sungguh tidak disangka ia lesap begitu misteri. Sedar-sedar sudah tiada dijari manisku yang tidak runcing itu. Wuwuwuwu~~ Mungkin tercicir di mana-mana. Menangis 3 hari 3 malam aku ketika itu. Jadi, semoga aku berjaya membelinya sekali lagi. Atau aku perlu tunggu pemberian dari sang suami sahaja ya??? Uhuks!! ^______^
WHITE GOLD RING!! Sob sob sob,,, yang ini dulu sudah pun memiliki semasa bekerja di Habib Jewels. Walaupun tidak sama seperti digambar. Hahahaha. Tetapi sungguh tidak disangka ia lesap begitu misteri. Sedar-sedar sudah tiada dijari manisku yang tidak runcing itu. Wuwuwuwu~~ Mungkin tercicir di mana-mana. Menangis 3 hari 3 malam aku ketika itu. Jadi, semoga aku berjaya membelinya sekali lagi. Atau aku perlu tunggu pemberian dari sang suami sahaja ya??? Uhuks!! ^______^Ngeeeee~~ itulah antara item-item yang termasuk dalam wishlist aku. Mulai dari gaji bulan ketiga nanti aku mahu membuat dana peribadi bagi mengecapi keinginan aku memiliki semua atau beberapa item yang tersenarai di atas. Mengapa gaji bulan ketiga?? Haa..kerana aku tahu gaji pertama sudah pasti diperuntukkan kepada keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Gaji bulan kedua pula ada kemungkinan akan dikikis oleh kawan-kawan yang sudah beratur panjang minta dibelanja makan. Huhuhuhu. Maka, kebarangkalian pada gaji bulan ketiga nanti barulah aku dapat menarik nafas lega sedikit dan mula mengumpul dana peribadi itu. Aku mahu menamakan ia sebagai DANA PRA-PERKAHWINAN. Hahahaha! Kalau sudah kahwin nanti tukar nama dana. Ekekeke (^^,)
Sebagai usaha keras untuk memiliki semua item diatas itu, aku akan print gambar-gambar tersebut dan menampalkannya di dinding sebelah cermin ajaib aku. Tujuannya ialah untuk memaksimakan semangat, daya usaha, ketekunan, jatidiri dan etc. supaya segera merealisasikan angan-angan itu. Hikhikhik! Boleh ke?? Ngaaaa~
Marilah sama-sama berdoa semoga semua dipermudahkan olehNYA.......
Mohon sesiapa yang membaca entri ini dan berhasrat untuk memberi sumbangan ke dalam dana aku itu, sila salurkan sumbangan itu ke dalam akaun Maybank yang bernombor 162393731010. Niat murni lagi suci kalian itu aku dahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya =)
Hahahahaha! =p

Wednesday, August 4, 2010
♥♥Thank You ALLAH♥♥
3hb Ogos 2010 akan tersemat kemas dalam ingatan aku apabila menjadi hari yang begitu bermakna buat aku. Setelah genap 2 bulan aku menanti, akhirnya aku telah dipanggil untuk temuduga. Sememangnya jawatan yang aku idamkan disamping tawaran dari syarikat yang aku dambakan. Alhamdulillah............. ^_____^
Terima kasih kepada pihak PTS Professional terutamanya kepada Tuan Fauzul Naim (GM), Tuan Aizat (Pengurus Penerbitan) dan Cik Puan Shazarina (Executive Senior HR) kerana memberi sesi temuduga yang menarik sekali siang tadi. Terima kasih juga atas kepercayaan kalian memberi saya peluang untuk memegang jawatan sebagai Editor Pengurusan PTS Professional.
Terima kasih yang tidak terhingga juga terutama buat Bunda, Abah, Adik-beradik, Abang/Kakak Ipar, Sahabat, Kawan-kawan, Kenalan serta sesiapa sahaja yang sentiasa mendoakan aku segera mendapatkan kerja yang diidam-idamkan. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.
Dalam kegembiraan aku mendapat pekerjaan, terselit sedikit kesedihan di sanubari aku. Iaitu terpaksa sekali lagi berpuasa tanpa keluarga dan berjauhan dengan anak-anak buah yang disayangi apabila memandangkan aku perlu memulakan hidup berdikari sekali lagi di daerah yang lain. T___________T
Semoga aku bertabah dan bersemangat memulakan "dunia baru" aku sedikit masa lagi. Terima kasih tuhan!!! Alhamdulillah~~~

Sunday, August 1, 2010
♥♥Surat untuk Aina♥♥
Kehadapan sahabat baikku yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semoga kau sihat dan dilindungi Allah SWT.
Aina sahabatku,
Hari ini 1 Ogos 2010 genaplah 6 tahun kita bersahabat. Aku begitu tersayu hati sebaik sahaja bangun dari tidur pagi tadi apabila mengingati bahawa hari ini adalah "Hari Persahabatan Sedunia" dan ianya merupakan ulangtahun ke-6 persahabatan kita (eh, macam couple pula ada anniversary bagai) ^_____^
Benarlah kata seorang ustaz yang pernah memberi tazkirah di tempat praktikal aku suatu masa dahulu. Bahawasanya perkara paling JAUH ialah MASA dan apabila masa itu meninggalkan kita, kita tidak pernah akan dapat mengulangi masa yang sama itu sekali lagi.
Rasanya seperti baru semalam aku terlihat kau berbaring di katil hostel kerana demam. Aku yang hanya mahu melintasi pintu bilik kau terus hati terpanggil untuk menjengah dan melihat keadaan kau. Ya, itulah detik permulaan persahabatan kita. Secara tidak sengaja aku yang tidak pernah masuk ke bilik kau tiba-tiba tanpa rasa segan silu duduk disisi katil kau lalu kita bersembang-sembang..Oh! Sungguh syahdu 6 tahun lalu tika itu... =')
Anehnya sebelum itu walaupun kau sering ke bilik aku berjumpa dengan room mate aku si Nuyu itu, aku tidak pernah mahu bersembang mesra dengan kau. Ketika itu aku begitu pelik setiap kali melihat kau yang suka bergelak tawa kuat-kuat dengan Nuyu sedangkan aku yang mendengar perbualan kalian tidak merasa ada sesuatu yang lucu pun. Hahahaha!
Hari demi hari persahabatan kita semakin akrab. Lebih-lebih lagi saat aku diketepikan oleh mereka yang selama ini aku anggap kawan baik, namun kau seorang saja yang nampak "kebenaran" itu. Sungguh mulia hatimu sahabat hingga sanggup dituduh mementingkan diri hanya untuk melindungi aku T________T
Langit tidak selalunya cerah. Persahabatan kita juga pernah diuji Allah SWT. Semua angkara mereka yang tidak pernah berasa senang melihat keakraban kita. Mujur kita lekas tersedar bahawa kita hanya dipermainkan oleh mereka yang suka melihat jika kita bermusuhan. Lalu kita menangis berpelukan selepas solat maghrib bersama apabila menyedari kebodohan kita membiarkan mereka mahu memutuskan persahabatan kita. MasyaAllah~~~
Ketika sedikit masa sahaja lagi kita akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dulu, pasti kau tidak pernah lupa sekali lagi kita diuji Allah SWT. Saat itu aku sangat bersyukur mempunyai sahabat seperti kau. Dan benarlah Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar. Kita berjaya menepis segala usaha mereka yang ingin menjatuhkan kita berdua. Alhamdulillah~~~
Kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", namun untuk kita aku ubah dihujungnya, "Inikan pula sahabat sejati", adakalanya kita juga tewas dengan kelantangan suara, ketajaman kata-kata, dan kelancangan bicara sesama kita. Akan tetapi kita tidak pernah membiarkan ia bersarang dihati. Maka dengan sifat seperti itulah menjadikan kita tidak hipokrit (syarat utama untuk menjadi sahabat sejati kita ialah "tahan maki") ^__________^Y
Terima kasih atas segala-gala yang kita harungi bersama ketika sebilik di UiTM Machang, serumah di Taman Melati, setempat kerja di Habib Jewels dan selalu bersama aku dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan babak kita di meja belajar di kampus dahulu. Dan dialog-dialog ketika itu masih segar dalam kotak ingatan aku.. hahahaha!
[Selepas aku menerima "bungkusan candy" yang dihantar oleh pihak delivery bersempena Friendship Day pada tahun 2006]
Reyn : Sapa laks yang bagi aku candy ni? Dah la takde nama pengirim. Bungkusan cikai gile.
Aina : Mungkin pengirim tu takde duit kot. Kau tak suke ke?
Reyn : Hurm,,bukanlah tak suke. Nak bagi tu biarlah besar-besar sikit. Coklat murah ni!!
Aina : Hoi!!! sebenarnya candy tu aku yang bagi!! Nak buat surprise kat kau lol!
Reyn : Hahahahahahahahahaha!! Akhirnya kau mengaku.
[Aku masih ingat riaksi muka kau tika itu =>]
Ya Allah,,sungguh mesra kita bergurau senda begitu. Sumpah aku rindukan semua itu. Kau layaknya menjadi darah dagingku. Bukan sekadar sahabat..... T_______T"
Walaupun kita sering bersama-sama, kemudian tiba masanya kita berpisah sementara apabila kita membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Kau memilih untuk ke UPSI dan aku memilih ke UiTM Shah Alam sahaja. Saat itu rakan-rakan kita yang lain sudah melangkah lebih jauh dari kita.
Namun kita tidak putus asa, biarpun kita sedikit terlewat dari mereka, kita tahu apa yang kita inginkan dan aku rasa kita tidak tersalah langkah. Sekarang aku sudah tamat pengajian dan bakal menempuh alam pekerjaan sekali lagi ^_____^ Kau pula hanya sedikit masa lagi akan menamatkan pengajian dan sudah pasti bakal bergelar seorang guru. Aku mendoakan kau menjadi seorang pendidik yang berkaliber dan dihormati suatu hari nanti.
Akhir kata dari aku,, terima kasih kerana telah menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku selama 6 tahun. Terima kasih menjadi sahabat yang sanggup berhujan, berpanas, bersusah, bersenang, bersedih, bergembira bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh hingga ke hujung nyawa.

Yang benar,
Reyn.
Reyn.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)